Skip to main content

Nak travel tapi ada anak kecik ? tips travel

nak travel tapi bawa budak kecik?ok kah? 

-TIPS TRAVEL-


Bercuti bersama anak-anak ternyata bukanlah perkara yang mudah. Ibu bapa bukan sahaja perlu fokus dengan perjalanan, malah ibu bapa juga perlu peka dengan keadaan anak sepanjang trip tersebut. Namun, jika anda membuat persediaan yang betul pastinya percutian bersama anak-anak kecil akan menjadi sangat menyeronokkan!

Berdasarkan pengalaman cik Erina travel kat oversea pada awalnya memang tak memenatkan tapi orang kata kalau nak travel ni baik pergi waktu muda2 macam tu juga lah kalu nak gi haji. Tapi semua bergantung rezeki masing2 kan.

Nak dijadikan cerita pertama kali kami mohon buat passport boleh dikatakan ulang alik juga untuk settlekan urusan passport terutamanya bila ada anak kecik ni. Bila part nak tangkap gambar memang berkali-kali kena snap macam-macam karenah. Tapi alhamdulillah 2 minggu sebelum plan untuk travel tu passport kitaorang dah siap. S0, cik Erina nak share beberapa tips travel bila bersama anak kecil ni. Orang kata leceh tapi its ok bawa jer lah nanti kita pandai2 lah handle.

Jom ikuti tips2 menarik ni bila travel dengan c kecil anda!


  1. Destinasi
Cik Erina dan suaminya selalunya kalu anak dah pandai berjalan memang tak sabar untuk bawa travel meskipun dalam negeri jer. So, kami akan merancang tempat persinggahan yang sesuai sebagai contoh kalu perjalanan dari kota kinabatangan hendak ke kota kinabalu kami akan merancang tempat bermalam di Kundasang sekiranya kami menaiki kereta dan sekiranya cik Erina dari Sabah ke Kuala Lumpur cik Erina akan memilih bermalam di rumah saudara mara sebelum naik flight ke Kuala Lumpur. Ini bertujuan supaya ibu bapa dapat membuat lebih banyak p[ersediaan dan dapat menilai anak kita sama ada lulus ikut travel atau tidak. Apapun travel lah dalam negeri dahulu sebelum kita cuba travel ke luar negara. 

2. Sabar

Kadang-kadang menguji kesabaran jugak bawak kecik-kecik ni, sebab kebanyakan korang kena ikut timing dorang, sebab ada banyak masa korang kena spend di parents room, masa untuk menyusu, kalau si kecik masa untuk makan. Dan ada masa dorang nak merengek, sama macam kat rumah jugak. After all, they are just kids. Maka bersabarlah. Istighfar banyak banyak, sebelum jadi momster. Hahaha. 

macam cik Erina memang stand by kudapan untuk anak2 kalu singgah kundasang tak sah kalau tak singgah desa farm boleh beli susu dan umpan aiskrim untuk anak2 mereka akan lebih seronok dan enjoy sambil tengok lembu hahahha...




sambil2 dalam perjalanan ke kota kinabalu korang carilah tempat bersinggah sekejap untuk hiburkan hati anak2. contoh melawat c alpaca ni mesti anak2 seronok.


3. Ubat-ubatan / minyak angin

Selain daripada packing baju. Mak2 ni pun kenalah bawa pakaian sesuai takut cuaca sejuk atau berada di bawah aircond, ubat-ubatan yang biasa digunakan, dan keperluan jika ada kecemasan. Kan dah namanya travel besar kemungkinan akan ada perubahan cuaca dan suhu persekitaran. Paling penting, sila lah bawa supplement juga hah kalu macam cik Erina tak tinggal vitamin C tahu setiap hari. Kalu macam perjalanan jauh cik Erina akan siap2 bancuh air performance drink elakkan dehidrasi sebab cik erina suka travel dan ada aktiviti seperti hiking.







4. Flight Ticket

Cuba rancang penerbangan anda sekitar waktu tidur. Penerbangan malam boleh jadi lebih mahal, tetapi ia memudahkan, anak yang sedang tidur sememangnya akan memudahkan. Sekiranya anda perlu membuat penerbangan bersambung, pastikan anda mempunyai masa yang banyak terutamanya di lapangan terbang yang asing.

Cuba sebaik yang mungkin untuk menjadikan perjalanan sebagai sebahagian daripada percutian. Luangkan masa selama dua jam, renggangkan kaki, pergi ke bilik mandi, makan, berborak, bermain, dan bersiap untuk penerbangan seterusnya. Dan jangan lupa tips untuk tambang termurah adalah menempah 53 hari lebih awal.

Ni penting jugak ni, kalau boleh ambik flight direct ke tempat destinasi korang tuju, jangan ambik flight transit, sebab risau kalau tunggu lama, kids mudah bosan, terasa penat sebab naik turun flight, mula dorang nak teriak, nak menjerit and buat perangai. Lepas tu try naik flight tgh malam, sebab time tu waktu dorang tidur, so tak sempat rasa bosan dah mengantuk, so tidurlah puas puas dalam flight, bangun nanti InshaAllah dah hampir sampai ke destinasi. Nanti bangun, dorang fresh, tak moody.

 


5. Stroller atau baby carrier

ni antara barang wajib yang perlu anda bawa, tak kiralah ke mana-mana. Dapat bawa salah satu pun bagus. Kalau anak masih kecil, digalakkan bawa ‘baby carrier’. Ini kerana ada sesetengah tempat yang menyediakan ‘stroller’ untuk anda sewa.

Lagipun, susah juga nak bawa ‘stroller’ jika anda berhasrat untuk berkunjung ke kawasan yang sesak atau bertangga, kawasan ‘outdoor’, atau tempat yang tidak mempunyai laluan tanah rata.

So bila travel dengan anak-anak, letakkan diri anda seperti kanak-kanak kecil. Cuba fahami kehendak dan keperluan anak-anak instead of kita sendiri. Pendek kata kena follow the flow. Apabila dah letih dan nak tidur anak-anak sangat mudah meragam, so kita kena pandai sesuaikan jadual dan aktiviti dengan ragam anak-anak.

Bagi cik Erina lebih suka travel ke oversea tanpa bawa stroller mungkin tunggu anak2 besar sikit baru travel ke oversea menjadi pilihan tapi kalau percutian dalam negeri atau dalam negara cik Erina setuju kalau stroller ni sesuai.


Itu saja perkongsian atau tips lebih lagi bagi pasangan muda yang ingin pergi bercuti bersama anak-anak terutamanya anak yang masih kecil atau berusia dibawah 10 tahun lebih-lebih lagi secara bagpacker. Semoga ianya bermanfaat dan jangan lupa share untuk kebaikan bersama. Akhir sekali, nikmati percutian anda sekeluarga.


Ingat percutian mestilah anda buatnya menjadi lebih seronok ! apa pun lakukan sahaja selagi ianya menjadikan perjalanan korang selesa dan menyeronokkan okayyy!






Comments

Popular posts from this blog

Coqtrol- Power Up Your Energy

  CoQtrol - Power Up Your Energy O youths, How are you guys? I’m sure you’re all in good health. Before I start, have you guys know me already? There is a saying that if you don’t know a person, how can you love that person? Therefore, I would like to introduce myself first.  Hah nama diberi Cik Erina berumur 28 tahun ni.  Right now, I’m working on my own business. First of all, let us praise and thank the presence of Allah Almighty, for the abundance of grace and the joy of all of us can still gather in this place without any barriers at all and in good health. Not forgetting the salawat and greetings we pour out to the Prophet Muhammad who has brought us out of the dark ages to the era of bright light today, namely Islam. May we all get intercession on the end, amen. Pada entry kali ni cik Erina nak share mengenai satu tajuk yang best iaitu Coqtrol-Power Up Your Energy. Since cik Erina terjun dalam bisnes Shaklee banyak supplement yang cik Erina kenal dan telah cuba. Biasalah kita s

vitamin e -rahsia kecantikan pada masa kini-

  VITAMIN E - Rahsia awet muda masa kini Assalamualaikum dan selamat pagi .. Hai bertemu kali ini dalam entry kita kali ini mengenai vitamin E. Hah.. apa sebenarnya vitamin E ni? Vitamin E juga boleh didapati secara semula jadi dalam makanan seperti avokado, lada benggala merah, kacang tanah dan minyak bunga matahari. Dalam penjagaan kulit , Vitamin E biasanya ditemui dalam bentuk cecair atau krim seperti krim mata, pelembap, serum atau minyak muka. Dalam  penjagaan badan , Vitamin E biasanya ditemui dalam krim tangan, losen badan dan pencuci badan. Apa kepentingan vitamin E ni sebenarnya? Dalam penggunaan topikal, Vitamin E adalah ruji untuk melindungi pelindung kulit, mengunci kelembapan, meningkatkan keserian dan mengurangkan tanda penuaan. Vitamin E juga terkenal dengan manfaat antioksidannya yang melindungi kulit daripada radikal bebas. Ramuan yang stabil mencipta lapisan perapi untuk melindungi dan mengekalkan kelembapan, menjadikan kulit lebih lega dan lembut serta menjamin peng

MULTIVITAMIN BERWAJAH BARU

 MULTIVITAMIN BERWAJAH BARU Assalamualaikum dan selamat pagi . Hari ni cik Erina nak share sekali lagi tahu berita baik untuk para pengguna Shaklee. Nak tahu tak produk utama Shaklee kini dah berwajah baru bayangkan kualiti multivitamin pertama Shaklee semakin ditambah baik dengan kualiti yang sedia ada tu semestinya jauh lebih baik. Jom tengok gambar ni. Ini lah wajah terkini multivitamin Shaklee tu korang! Bayangkan lah produk Shaklee ni dah lama ya . Kini dah bertukar wajah dah bahkan kualiti jauh lebih baik. Apa menariknya multivitamin kita pada kali ini? 1. Penambahbaikan nutrisi Korang nak tahu tak pada kali ini Shaklee dah tambah baik nutrisi dan zat yang ada dalam sebiji tablet multivitamin vitalize. Korang boleh tengok sendiri tahu multivitamin ni terdiri daripada 40 jenis vitamin dan mineral berbanding dahulu cuma ada 28 jenis sahaja bahkan penambahan vitamin D dan folic acid. 2. Sesuai untuk semua peringkat umur  Kalu korang nak tahu fungsi multivitamin Shaklee pada kali ini