TIPS KURUS DENGAN CEPAT!!!
Halo korang...
kali ini cik erina nak share tau tips kurus dengan cepat lagi2 ramadhan ni.
Hah korang tahu tak ramai yang berjaya turun berat pada kg tapi sayangnya saiz pinggang , perut dan bahagian yang lain masih sahaja sama maksudnya ? hah x ada inchloss lah.. Ada juga yang berusaha turun berat tapi tak berjaya means berat asalnya tak kurang dan tak lebih juga.. Hah ramai yang give up tahu bila melalui situasi macam ni..
So, ini something wrong tahu dengan diet korang. Meyhlah i share tips turun berat badan dengan cepat dan berkesan semestinya inchloss yang banyak.
Korang tengok gambar tu berat yang sama tapi peratus lemak , air dan otot dalam badan berbeza kan?
Hah diet ni bukan sahaja kita perlu mengurangkan kalori yang berlebihan tapi kita juga perlu makan makanan yang bernutrisi bagi mempercepatkan lagi proses pembakaran lemak seterusnya penurunan berat badan.
Okay i nak share dengan korang pengalaman i turun berat secara cepat disebabkan i ada masalah bacaan gula yang tinggi semasa hamil maka perlu hadir temujanji bersama doktor untuk pemeriksaan lanjut sama ada bacaan gula dah stabil atau tak. Urm sebulan sebelum temujanji i dah rasa berdebar sebab nya i takut i betul2 positif kencing manis dan perlu ambil ubat tu jer masa tu dalam fikiran i. So, i nekad nak turunkan berat dengan lebih ideal dengan harapan juga dapat stabilkan gula dalam darah. Perkara pertama yang i akan lakukan :
1. DETOKS
Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.
Sebab bila badan dah detoks, badan kita akan menyerap supplemen dan khasiat supplemen secara optimum.
Ada sesetengah orang tak ada masalah dalam membuang ni tapi i ni meskipun dah ambil serat yang lebih dalam pemakanan harian. So, i ambil supplement "herblax" seminggu sekali untuk perut tak nampak buncit dan rasa lebih selesa. Lagipun tanda badan kita mempunyai toksin yang banyak adalah kerap sembelit dan buat kulit akan nampak kusam. Perut juga akan kelihatan buncit kerana Najis yang terkumpul lama di dalam usus akan mengeras dan menjadi tempat angin berkumpul. Ini boleh menyebabkan perut kelihatan boroi walaupun berat badan masin normal.
Hah korang inilah produk detoks daripada Shaklee yang amalkan tu..
Ketika anda membuat proses diet, minumlah sekitar 4 liter air putih sehari. Ia akan melunturkan lemak dan membuang toksin dari tubuh, selain mempercepatkan lagi berat anda turun.Malah minum air putih juga akan membantu meningkatkan proses metabolisme yang menyebabkan tubuh badan dapat membakar lebih banyak kalori.Jumlah air yang anda minum bergantung kepada berat badan, keadaan kesihatan dan suhu alam sekitar anda ketika itu. Dan Sebelum melakukan apa jua sukan, anda dinasihatkan untuk minum air putih terlebih dahulu. Ini akan membantu tubuh anda terhidrasi dengan baik dan peredarannya lebih lancar.
Suku suku separuh sebenarnya adalah satu konsep pemakanan yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam program Pinggan Sihat Malaysia.
Konsep ini adalah bagi memudahkan visualisasi dalam pinggan dalam pembahagian jenis makanan ketika waktu makan.
Sebelum ini kita asyik dikhabarkan tentang piramid makanan sihat, namun dari sudut aplikasi panduan tersebut masih susah dizahirkan kebanyakan orang.
Apabila pembahagian jenis dan kuantiti makanan ditunjukkan di atas pinggan, barulah mudah sikit untuk kita jadikannya panduan kan?
Secara asasnya, kita akan bahagikan pinggan kita kepada 3 bahagian.
- Suku pinggan dengan sumber karbohidrat.
- Suku pinggan dengan sumber protein dan lemak.
- Separuh pinggan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Saya letakkan sumber karbohidrat kerana konsep pemakanan ini adalah fleksibel.
Ini bermakna, jika anda makan nasi, maka suku pinggan itu adalah nasi. Suku lagi adalah lauk. Suku lagi adalah sayur dan buah.
4. Cukupkan pengambilan protein
Protein sebahagian hidangan penting dalam diet harian.
Namun, tahukah anda pengambilan protein dengan jumlah dan jenis yang betul berserta dengan karbohidrat serta lemak seimbang, boleh membantu menurunkan dan menjaga berat badan secara sihat?
Protein antara tiga jenis makronutrien dalam pemakanan, selain lemak dan karbohidrat.
Ia diperbuat daripada 20 jenis asid amino yang bergabung dalam pelbagai kombinasi untuk membentuk beraneka jenis protein (contohnya, enzim, hormon, antibodi.
Bagaimanakah protein bantu uruskan berat badan?
1. Mengurangkan kelaparan dan meningkatkan kekenyangan.
Protein mengenyangkan, menambah baik kawalan selera makan, mengurangkan kelaparan dan membantu tidak terlebih makan.
Banyak kajian pengambilan makanan keseluruhan seseorang menjadi kurang apabila menambah protein dalam diet. Ambil banyak protein boleh mengurangkan rasa ingin makan termasuk snek pada waktu malam.
2. . Meningkatkan metabolisme dan membakar lebih kalori
Protein mempunyai kesan termik makanan tertinggi (20-30 peratus) berbanding karbohidrat (5-10 peratus) dan lemak (0-3 peratus).
Kesan termik makanan merujuk kepada peratus kalori digunakan menghadamkan dan memetabolismekan
makanan. Kesan termik makanan lebih tinggi bermakna kalori daripada protein dibakar dengan lebih cekap.
Pengalaman i turun berat semasa tempoh bekerja dengan pekerjaan dengan masa yang padat i akan gantikan makan sarapan atau makan malam i dengan minuman protein Shaklee. Ini membuatkan perut tahan lapar lebih lama tak mudah mengunyah snek atau craving macam2 sepanjang tempoh diet bahkan dapat meningkatkan otot dalam badan supaya postur badan tidak menggeleber dan sebagainya.
Bersenam adalah salah satu perkara penting jika kita mahu amalkan gaya hidup sihat. Senaman bermaksud melakukan aktiviti fizikal yang disusun dan dilakukan berulang kali untuk menguatkan kecergasan, otot dan fleksibiliti badan.
Senaman boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Asasnya adalah untuk meningkatkan pergerakan badan, menaikkan kadar nadi dan melibatkan renggangan sendi dalam satu tempoh masa.
Antara contoh senaman adalah renggangan otot, senam aerobik, berjalan, jogging, berbasikal, berenang dan yoga.
Biasanya, apabila ada orang mula bersenam ni dia nak turunkan berat badan. Jika tak, kebanyakan orang tak mula bersenam pun. Ini satu kerugian besar kerana bersenam bukan hanya bantu kuruskan berat badan malah lebih daripada itu.
Saya sendiri suka berjogging dan kadang kala melakukan senaman HIIT di rumah. Saya jogging juga bukan dengan target nak kuruskan badan tetapi kerana ia menyeronokkan dan berikan saya satu kepuasan bila capai target larian.
Ramai antara kita, masih keliru antara lemak yang baik dan lemak yang jahat. Kita perlu jelas ya supaya kita dapat mengekalkan kesihatan badan kita dan ahli keluarga kita.
Lemak merupakan salah satu kelas makanan yang semestinya perlu diambil dalam diet harian yang seimbang. Tak boleh nak abaikan terus pengambilan lemak dalam diet kita.
Cumanya rata-rata kita tidak tahu ataupun mungkin tidak sedar tentang lemak yang diambil lebih kepada lemak jahat.
Jom kita kenali Lemak Jahat dan Lemak Baik.
Apa itu lemak jahat?
Lemak jahat yang pertama adalah LEMAK TRANS (transfat). Ianya terdiri daripada makanan proses, kentang goreng, burger dan lain-lain.
Lemak jahat yang kedua pula adalah LEMAK TEPU (saturated fat). Ianya diperoleh dari sumber haiwan seperti daging lembu, daging merah, kulit ayam dan sebagainya.
Apa itu lemak baik?
Lemak baik yang pertama adalah LEMAK TAK TEPU (monounsaturated fat). Lemak ini yang biasanya diperoleh dari sumber buah buahan dan juga tumbuhan. Sebagai contoh Zaitun, Buah avocado dan sebagainya.
Tahukan kita? Sedar tak sedar, jarang orang nak ketengahkan tentang lemak sihat ni kan. Dengar ja lemak wajib tak nak makan. Walhal lemak sihat inilah yang banyak disarankn untuk kebaikan kesihatan jantung bagi mereka yang jelas tentang manfaatnya.
Selain itu, bagi yang berhajat untuk turunkan berat badan juga tak kurang baiknya juga untuk mengamalkan lemak sihat ni.Lemak visceral (visceral fat) yang biasanya menyebabkan kegemukan ataupun kebuncitan yang amatlah sukar untuk dipecahkan.
Macam i amalkan Omega Guard Shaklee bertindak dengan menyingkirkan lemak lemak dibadan. Disamping itu juga Omega Guard Shaklee mengandungi Omega-3 Fatty Acid yang mengawal pelbagai jenis hormon di dalam badan, termasuklah hormon LEPTIN, yang berfungsi mengawal selera makan kita. dan membantu kita mengawal rasa lapar.
Alhamdulillah.. Terbaik lah sharing tips dari Zira.. Cuma gmbar ada problem agaknya..tak keluar..
ReplyDelete